Bank Rakyat

Pembiayaan Peribadi Untuk Penjawat Awam

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan peribadi Aslah Ria khusus untuk kakitangan kerajaan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Jabatan Komunikasi Korporat Bank Rakyat melalui satu kenyataan media memberitahu, pakej Aslah Ria tersebut bertujuan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri di kalangan penjawat awam Malaysia.
“Aslah Ria menawarkan kadar keuntungan antara 3.30 sehingga 4.08 peratus iaitu antara yang terendah di pasaran. Jumlah pembiayaan maksimum adalah sehingga RM200,000 dengan tempoh pembayaran balik selama 20 tahun,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, permohonan pelanggan akan diproses dengan cepat bagi membolehkan pembiayaan berkenaan dinikmati dengan segera oleh penjawat awam.
Malah, kata kenyataan itu, penjawat awam tidak akan dibebankan dengan caj tambahan seperti yuran proses, tempoh pegangan, bayaran penalti sekiranya pembiayaan dijelaskan awal, bayaran komisen ejen dan deposit sekuriti.
Sehubungan itu, tambah kenyataan itu, para penjawat awam yang berminat untuk memohon pakej tersebut diminta mengunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk maklumat lanjut.




PEMBIAYAAN PERIBADI-i 1ASLAH
Jika anda memerlukan kemudahan tunai dengan segera sehingga RM200,000, Pembiayaan Peribadi-i 1Aslah adalah pilihan bijak dan terbaik! Kini Bank Rakyat menawarkan 3 pakej yang menarik yang dapat memenuhi keperluan anda.
Kemudahan pembiayaan peribadi ini diperkenalkan untuk membantu individu-individu dalam menangani keperluan kewangan seperti membuat bayaran pendahuluan kereta/rumah, pembayaran kos pengubahsuaian rumah dan lain-lain keperluan kewangan.
PAKEJASLAH MEGAASLAH PLUSASLAH PRIMA
Pembiayaan Peribadi-i AslahMEGA menawarkan kadar keuntungan serendah 3.25%.Pembiayaan Peribadi-i AslahPLUS menawarkan kadar yang lebih menarik dan menjimatkan untuk pembiayaan jangka masa panjang.Jika anda kakitangan KERAJAAN dan bercadang menjelaskan pembiayaan di Bank atau Institusi Kewangan lain dan memerlukan tunai dengan segera sehingga RM200,000, Pembiayaan Peribadi-i Aslah PRIMA adalah pilihan yang paling tepat.
LAIN-LAINDikecualikan dari Perlindungan Takaful (DTT)Dikehendaki mengambil Takaful (DTT)
  • Kakitangan Kerajaan Sahaja
  • Pembiayaan berulang (overlap) kemudahan pembiayaan peribadi di institusi kewangan lain
  • Dikehendaki mengambil Takaful (DTT)

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan sehingga RM200,000 atau ansuran bulanan yang tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar bulanan
Tempoh Pembiayaan

Sehingga 20 tahun
Cara Bayaran Balik
  • Biro Perkhidmatan Angkasa
  • Potongan Gaji Oleh Majikan
Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 sehingga 60 tahun
  • Kakitangan Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
Kelayakan Gaji Minimum
  • Kakitangan Kerajaan
    • RM1,000
    • Berkhidmat 6 bulan ke atas
Dokumen Semasa Permohonan Pembiayaan
Permohonan BaruPembiayaan Berulang
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
  • Salinan penyata gaji 3 bulan terakhir
  • Borang J/EA/EC yang terkini
  • Surat pengesahan oleh majikan
  • Penyata bank pembayar gaji
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
  • Salinan penyata gaji terkini

Kadar Keuntungan
Jangkamasa Pembiayaan (Tahun)Aslah MegaAslah PlusAslah Prima
AnggotaBukan Anggota
1 - 33.25%3.30%3.30%3.30%
4 - 54.25%4.30%4.48%3.98%
6 - 74.75%4.80%4.48%3.98%
8 - 154.85%4.90%4.48%3.98%
16 - 204.95%4.95%4.48%3.98%


Aslah Personal Financing-i
Financing Tenure (Year)Aslah Mula Karier/Belian PlusAslah DivA
MemberNon Member
Up to 3 years5.60%5.65%5.60%
4 - 55.80%5.85%5.80%
6 - 75.85%5.90%5.85%
8 - 105.90%5.95%5.90%
Financing Amount (RM)Financing Tenure (Year)Aslah Warga Emas
MemberNon Member
Up to 5,000Up to 3 years5.60%5.65%
4 - 55.80%5.85%
5,001 – 10,000Up to 3 years6.50%6.55%
4 - 56.70%6.75%
10,001 – 20,000Up to 3 years6.80%6.85%
4 - 56.90%6.95%
* Terms and conditions apply.
back to top